ari same..jam 0452am
waktu bumi di garisan khatulistiwa
diteman bulan penuhhh....macam twilight ase...hahah
^_^
Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang
dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia
mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia
tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri
yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
1.
Orang yang mencintai
kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada
kamu satu-satunya.
2.
Walaupun kamu sudah
memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu
bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3.
Orang yang mencintai
kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang
tercantik walaupun mungkin
kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4.
Orang yang mencintai
kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang
hari ini, dia ingin tahu
kegiatan kamu.
5.
Orang yang mencintai
kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’,
‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas
SMS nya, kerana dengan
kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta
itu.
6.
Jika kamu menyambut
hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan,
setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7.
Orang yang mencintai
kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri
sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan
saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang
selalu.
8.
Orang yang mencintai
kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri
lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya,
berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya
kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9.
Orang yang mencintai
kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu,
kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga,
walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
10.
Kalau kali terakhir
kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS
atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11.
Jika kamu mengatakan
akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat
harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
12.
Orang yang mencintai
kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu
yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13.
Orang yang mencintai
kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya
saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14.
Orang yang mencintai
kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya
hanya dengan kamu.
15.
Jika suatu saat kamu
harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada
dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
16.
Dihatinya dia benar-benar takut
kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
dimata, dekat dihati?’
17.
Orang yang mencintai
kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
18.
Orang yang mencintai
kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100
kali dalam masa
sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya
ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
19.
Orang yang mencintai
kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening
kepala. Namun ketika kamu
mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak
akan melakukannya lagi.
20.
Jika kamu memintanya
untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang
terbengong di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia
tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana
permintaan mu.hahaha
21.
Kalau kamu melihat
handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu
walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga
menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi
benda-benda berharga buatnya.
22.
Dan jika kamu cuba
menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan
menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
23.
Jika suatu saat kamu merindukannya
dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana
sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
24.
Orang yang begitu
mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun
hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat
kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar
mengerti apa itu cinta.
“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di
atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu
akan menyesal melakukannya!”
jika dia tulang rusuk kiriku atau imam bagi hawa...dekatkan kami..
akan kami doakan yang terbaik..in syaa Allah..aamiin ya
Rabb..^_^
.png)


.jpg)

.jpg)
.jpg)