siapakah ak dimatanNYA???Allah...
“Bila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia!”
Kadang² saya sendiri rasa pelik saat saya membaca kembali tulisan² saya. Bukan sebagai rujukan untuk menulis atau mengajar, tetapi ditatap pada waktu tersunyi dalam hidup untuk bermuhasabah dan menghukum kealpaan diri. Ah, kiranya semua yang pernah saya tulis mampu saya amalkan, alangkah indahnya. Cuma saya terus berharap dan berdoa. Kita tidak akan mengalah walaupun sering kalah.
Saya berharap agar diri ini juga terdidik dengan hasil tulisan sendiri. Pada saya, seorang pendakwah ialah jambatan kepada orang lain untuk mendapat hidayah. Justeru, apa salahnya jika jambatan itu dilalui oleh dirinya sendiri.
Saya juga seperti saudara saudari. Ada kalanya kelelahan dengan ujian hidup yang bertali arus. Satu demi satu. Namun, Allah s.w.t. telah lama mengingatkan kita melalui al-Quran bahawa mati dan hidup dijadikan untuk menguji kita siapakah yang terbaik amalannya
