CODE LAGU

Monday, 20 May 2013

24 SiGNs When SomeONe Like U..=)


Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.


1.     Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2.     Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3.     Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4.     Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5.     Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6.     Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7.     Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

8.     Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9.    Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10.    Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11.    Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12.    Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13.    Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14.    Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15.    Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
16.    Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’

17.    Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

18.    Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

19.    Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

20.    Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang..kurang bijak jer..hiklhikhik di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

21.    Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

22.    Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

23.    Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

24.    Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”=p
Hahaha..konfident jer..ileks la..jodoh kan sume dah tertulis..jangan takot sangat..=)

Monday, 13 May 2013

HaRI KEmaTianKU...='')

tepat 14 april 2013
jam lingkungan 0625 minit petang...
seksyen sembilan ..depan ipd polis shah alam..

nyawaku nyaris hilang ditelan jalan raya....sedangku enak memandu dari rumah serta berbekalkan laksa dan beberapa juadah lain dan membayangkan makan bersama teman2 hancur pabila secara tidak lansung...ader pemandu kereta yang tidak bertanggung jawab telah melanggar lampu merah dan lampu dibahagianku hijau..

tanpa ku sedar beliau melanggar lampu merah..ak seperti mengejar lampu hijau yang baru nyala tu la...
mungkin tanpa segan silu ak bawak..ak tergamam pabila tetibe jer ader kete kat depan ak padahal tadi kosong je..celah mana datang ak pon xtau....motorku xsempat untuk elak...ak telah gunakan segala skill yang telah ak praktikkan pada suatu ketika dahulu...ahahha...macam cite komik dah ni..ok2..dah2 sambung..ak teruk melanggar kereta mahal tu..honda stream xsilap....terus ak tercampak terseret ditengah2 traffic light simpang 4 yang memg sangat bz itu...motor kesayanganku 2,3 kali berpusing...Allah...masa tu hanya Allah tahu keadaanku..ak xpernah accident pengsan...gegeran pada otak sangat kuat...visor pecah..muka seret jalann...adukkk..calor muke den....sakittt....tapi lagi sakit hati ini...dengan selambe lepas ak pengsan si driver honda tros blah tanpa menghiraukan ak yang sedang terlentang pengsan ditengah jalan...jalan nyawa pendek..ak dah innalillah di sana jugak...Allah..ak masih banyak berdosa...ak masih banyak berdosa..ak masih banyak berdosa...Allah...

semua kereta tidak menghiraukan ak .mat rempit katanya..Allah..ak membawa beg besar kot..gunalah logik akal dan fikiran,,xkan ak nak merempit dengan beg besar....ak masih terkulai ditempat kejadian...
alhamdullillah ader hamba Allah yang baik hati telah membawa ak ke klinik tok dressing luka2...sebelum ak ditransfer ke hospital tengku ampuan rahimah,klang..

hanya Allah yang dpat membalas jasa kalian...sesampai dihospital ak masih tidak sedarkan diri...bdak2 yang tolong ak tadi call membe ak..pandai pulak cari wallet n henpon ak dalam beg..hahha..tq2..sesampai ak di hospital klang ak dimasukkan ke wad kecemasan dan trauma...ak seperti dalam kebingungan...melihat sekeliling...lampu..meja...orang disorong menggnakan wheel chair ke bilik tu....otakku seperti tidak berfungsi dengan baik..

alhamdulillah ak sedar2 padam..Allah masih mahu berikan ak peluang kedua...masyaAllah..ak hina..ak takot...dalam koma ak nampak mak...mak panggil..tapi kejap je..pastu mak suruh balik...ak pon balik dan tersedar...kalau x,selamat tinggal dunia...saya nak bersama mak saya...Allah..='')

tepat waktu pagi 15 april..(hari lahir ak yang ke.......rahsia)ehhe....ak masih dalam wad kecemasan dan trauma dan terlah ditukar ke wad pemerhatian...dokter kelihatan resah..kerna gegaran otak ak yang kuat..3x xray mereka jalankan bagi memastikan otak ak ok..ak pon xtau dah ok ke blom..insyaaAllah..

ak ingat ni besday terakhir ak...rupanya belum...Allah masih sayangkan ak dan memberi peluang kedua padaku...syukran ya Allah...='')

2minggu terperak dirumah dek luka masih basah dan pedih..anggota kiri ak xkuat dan lemah..xbboleh wat benda berat2....perjalanan hidupku makin sukar..Allah..tabahkan ak menjalani ujianmu..

tiada siapa pom yang melwat.mungkin mereka sibuk..xpela..='')..ak kesedihan seorang..ak tidak bersedih..kerna pabila mati ak juga akan keseorangan..Allah..kuatkan hambamu ini...ak lemah dan hina duhai tuhanku..

sekarang ak terpaksa menyusahkan banyak pihak kerja ak terpaksa..maafkan ak teman2..peliharalah ak dan perhebatkan la ak...ak lemah...terima kasih Allah...

-Allah xkan pernah berikan ujian yang hambanya tidak mampu tangani..tapi adakah ak cukup kuat??ak seringkali bertanya...ak lemah ya rabb...ampunkan ak..
assalammualaikum...

praktikal OH PRAKTIKALLL

jam 1503
waktu tempatan..cuaca suam2 kuku..ak pon xtau suam2 kuku tu caner..jangan ditanye.hehe
opis ku yang sejuk tahap freezekeeerr

bermula 3 mac yang lalu ak ditempatkan di opis datuk vc uitm..xtau eh??xtau tanyer..haha..ilek2 gurau jer..BANGUNAN CANSELERI TUANKU SYED SIRAJUDDIN..opis vc tingkat 6..ak tingkat 2..xder kene mengene pon..haha..

seawal jam 7 pagi lebih2 ak dah pacak kat depan punch clock tu...adoiii..ngantoknyer..da lame xbangun awal ceni...biase solat je agak2 ngantok tros padam..ni memg harapan la nak padam..hahah...permulaan ari dah spoil..tetibe name gua xder..eh..xcantik ni..lepastuh dengan sgera tetbe ader..ajaib tol..macam blackout then tetibe ader..aik??hahhaa(jangan masukkan pilihanraya  ok..haha)

praktikal ni pon lama la plak..4 bulan nak menunggu..memg terbaik...skarang dah pertengahan..ok la dlu masuk ader gak keje2 amal kene wat..tp sekrang kobosanan tahap dewa ke 19 la plak..xder keje..dtang saje..alahai..bosannyer..wat perabih minyak je...=_="
nak keje la baru senang n blajo sikit.....

praktikal pon xder wat menda..maintain website...jaga private website dato..alahaii...buhsangnyer...kerja senang..tp lecehhhhhh nya menyakitnya hati pon..hahhha...letih...benda memg xkan abis...huu...tapi ok jer..amik  pengalaman baru..dari jadi cam dulu...praktikal jadi piyon..wahh..multi tasking btol sayer ni..haha..ingat xpenat ke jadi piyon ..xperla pengalaman mendewasakan..ceeewah..hahah..=p

nanti ak story ag before abis praktikal..esok 14 mei kawan2 ex classmate sume dah grad...lau x mesti kita grad sekali..tp ak xley...ak sakit,,terpaksa tanggung...korang teruskan jela perjuangan dulu..nanti ak follow..='')..tp t ak grad korang xder ponnn..hehe..xpela..btw..moga korang sentiasa happy n sentiasa dalam ra;aytullah..aminn...=)
alaika salam..


welcome To mY LiFE..=)

as slave
as a son
as a student
as a friend
as a member
as a bro
as a hero
as soon as possible..hahaha
everything you want me to be!!!)